[KOSONGKAN RUANG UNTUK MEREKA YANG BERBALOI KEPADA BISNES KITA]



Terlampau banyak masa di habiskan 'mengejar' dan 'memburu' Prospek yang belum tentu hingin membeli dari kita.

Hidung tak mancung pipi tersorong2.. Eh betul ker?

Orang dah tak nak, lebih baik kita fokus melayan customers sedia ada utk mereka membuat pembelian seterusnya.

Jimat masa tidak dibazirkan Prospek yg entah mcm2 peel nya, lebih baik memberi layanan istimewa kepada pelanggan VIP dan regular customers kita. 

Tak payah buat FB ADS pun utk dapat kan sales dari VIP n regular customers kita.

Saya mengenali ramai usahawan yang mula MENUKAR strategi memfokus kpd customers sedia ada yg dibahagikan kpd kategori dan kumpulan.

Kumpulan Regular Customers

Kumpulan Members

Kumpulan VIP Customers.

Kumpulan RAVING FAN Bisnes kita

Fokus diberikan utk terus menambah bilangan customers di dalam Carta teratas - Kumpulan VIP dan RAVING FAN.

Hasilnya?

- Belanja pengiklanan per jualan menurun mendadak.

- Kualiti servis dpt dipertingkatkan kerana kita lebih memahami customers sedia ada.

- Word of mouth marketing berjalan lancar. Prospek yg dibawa melalui kaedah ini lebih 'setia' berbanding cara terdahulu.

Sudah2 lah membuang masa melayan leads dan prospect yang very demanding. Minta penjelasan macam2 tapi masih belum tentu membeli.

Peruntukkan ruang masa kita kepada mereka yg menyumbang lebih bisnes.

Selamat berbisnes.


#saharsahad
#backtobasics
#ilmuteknikalbisnes
#kitab

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat lidah buaya

RESEPI SUSU KURMA MADU ENERGI BOOSTER

Minyak melebatkan rambut