Cakap baik-baik Niat baik-baik... Kun Fa Ya Kun

LUASKAN.JANGAN SEMPITKAN

Nasihat Ustaz Yusuf Mansur  kepada pemandu teksi yang teringin nak beli rumah sendiri .

Katanya, "Saya teringin nak beli rumah tapi rasanya mustahil Ustaz. Nak bayar sewa rumah pun susah kadang-kadang tu. Inikan pula nak beli rumah kan"

Ustaz tegur dia, katanya 
"Bukan kerana kamu bawa teksi dapat beli rumah walaupun itu sumber rezeki kamu, tapi KERANA Allah. Spektrum rezekinya jangan disempitkan.Luaskan"

Kata Ustaz lagi, "tembaknya ke Allah. Bukan ke teksinya. Kalau ke Allah, jadi tidak terbatas. Kalau ke teksi, sangat-sangat terbatas.

Kedua, jangan cakap kamu 'HANYA' pemandu teksi sebab tu tak mampu beli rumah. Tapi katakan, saya teringin sangat ada rumah sendiri. Teringin ada rumah sendiri. Jangan cakap HANYA tu.

Keinginan untuk beli rumah tu, itulah namanya dream. Maka yang berikutnya, Ustaz pesan, PRAY. Berdoa, minta sama Allah.

DOA pagi,siang, petang, malam. Habis solat-solat fardhu, habis solat sunat dhuha. DOAAAA terus hingga Allah membimbing kamu.

Membimbing bagaimana? Membimbing supaya kamu dapat memiliki rumah idaman. Dengan doa, Allah diundang oleh kita masuk ke urusan dream kita. Jadilah kita tidak sendirian.

Allah akan carikan kamu jalan untuk memiliki rumah itu. Jadi, berikutnya kena ada ACTION.

Dalam keadaan tahu Allah Maha Memberi Rezeki, jalanlah sama isteri kamu cari rumah idaman. Lihat-lihat rumah.

Lihat bahasanya; 'Dalam keadaan tahu bahawa Allah Maha Memberi Rezeki'

Latih diri jangan sesekali guna ayat the loser seperti; 'Dalam keadaan tengah tak ada duit ni ada hati nak tengok-tengok cari rumah'

Jangan sesekali.

Kalau tak sebut pun kita tahu memang tak ada duit. Tak payah dijelaskan lagi. Itu seperti melekatkan 'tak ada duit, miskin' sebagai keadaan diri.

Sebelum jalan cari rumah, Allah dulu. Doa dulu.

'Ya Allah, saya dan isteri mahu jalan cari rumah idaman kami. Nanti kalau dah jumpa, tolong bayarkan ya Allah'

Bawa dalam doa, solat fardhu, solat sunat dan lebih baik lagi ditambah dengan sedekah.

Buat selama mana yang boleh sehingga Allah tunjukkan jalannya.

Insyallah.

Ini namanya Allah lagi, Allah dulu, Allah lagi, Allah terus. "

Wallahualam.
.
Cnp Nadiah Azaman
.
P/S: Jom jalan-jalan cari rumah kita nak. Lepas tu mintak Allah. Aamiin ya mujib. 😁😁😁

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat lidah buaya

RESEPI SUSU KURMA MADU ENERGI BOOSTER

Minyak melebatkan rambut