Berhabuk dah blog Sinar Insyirah ni. Lama gak tak tinggal jejak kat sini.

Busy sungguh dan mood pun tak berapa nak ok.

Bulan ni kami sekeluarga diduga. Abang sulong saya terlantar di hospital. Hari ini dah hari ke 4 di HSI JB. Diduga , diserang stroke sebelah badan dan saluran jantung tersumbat. Allah... Semoga abang saya Latif bin Ngaliman diberi kesembuhan dengan segera dan dipermudahkan urusan penyembuhannya Ya Allah. Semoga kesihatannya beransur pulih seperti sedia kala. Buat keluarga nya, tabah dan sabar hadapi dugaan ni. Masa ini lah hubungan keluarga akan jadi lebih erat .


The whole day hari ni aktiviti dengan family . Start seawal 7 pagi keluar dari rumah, hantar mak dan bak ke klinik kesihatan, kemudian bersarapan bersama. Ambil kesempatan hujung minggu pergi visit ke tapak niaga akak saya. Kemudian lunch bersama juga. Pulang ke rumah dan rehat2 sebentar. Dalam 5lebih bergerak ke hospital melawat abang saya. Senangkan hati dia dengan kehadiran mak dan bak dan adik beradik yang lain.


Comments

Popular posts from this blog

Khasiat lidah buaya

RESEPI SUSU KURMA MADU ENERGI BOOSTER

Minyak melebatkan rambut