Kenali Jenis Batuk Anak Anda . Cegah lebih baik dari Rawat
Apabila anak-anak mula batuk, ibu bapa mesti resah mendengar bunyi batuk anak dan rasa kasihan melihat anak keletihan akibat batuk. Aktiviti harian anak turut terganggu. Bayi pula tidur jadi tak lena. Rasa x selesa dengan kerongkong yang gatal dan perit . #1 Bayi batuk seperti menyalak Jika batuk anak anda kedengaran seperti seekor anjing menyalak, dan anda lihat dia seperti sesak nafas , maka ia mungkin tanda-tanda batuk croup . Croup adalah penyakit virus dalam tekak dan kotak suara yang boleh berlaku jika anak anda mengalami selesema. Pastikan anda beri si manja banyak air, dan batuk ini boleh baik. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik bawa anak anda ke klinik jika anda mengesyaki bahawa mereka mempunyai croup. #2 Bayi batuk dengan kahak Jika bayi batuk berbunyi seperti ada banyak kahak , ia mungkin disebabkan oleh selesema. Seperti batuk croup, berikan anak anda minum banyak air untuk membantu melegakan batuknya. Anda juga boleh mandikan mereka dengan